Padi hibrid ialah padi generasi pertama (F1) yang ditanam hasil daripada kacukan dua jenis padi biasa yang mempunyai genetik tetap daripada varieti padi tertentu. Hibrid adalah istimewa kerana ianya mempamerkan apa yang dikatakan sebagai ‘heterosis’ atau ‘hybrid vigor’. Vigor ini ditunjukkan oleh kelebihan dalam sifat beranak, akar dan juga saiz tangkai. Jika dikacukkan dua jenis induk yang mempunyai genetik berbeza antara satu sama lain, anak yang terhasil akan lebih unggul, khususnya dari segi hasil. Melalui pengalaman di negara yang menanam padi hibrid, kelebihan hasil boleh mencapai 15-30% berbanding dengan padi inbred atau konvensional.
Padi hibrid SIRAJ dipilih daripada kacukan padi jenis Indica dan Japonica. Indica adalah varieti beras wangi dari India. Sifatnya hampir serupa dengan sifat beras Basmathi manakala Japonica mempunyai tekstur lembut dan aroma yang harum.
Keistimewaan padi hibrid SIRAJ adalah
- Tangkai yang lebih besar dan anak yang lebih banyak berbanding varieti inbred/biasa
- Mengeluarkan hasil yang lebih tinggi berbanding pengeluaran daripada jenis biasa, dengan potensi hasil tinggi melebihi 10t/ha
- Anggaran hasil dan jumlah pulangan yang tinggi berbanding jenis inbred/biasa
sumber http://blogmardi.wordpress.com/2011/08/02/padi-hibrid-siraj/