Golden Harvest

Baja organik “Golden Harvest” adalah satu pencapaian di dalam bidang pertanian yang dikembangkan melalui teknologi Agricultural Growth Promoting Inoculant (AGPI). Ia adalah suatu inokulan yang berbentuk cecair di mana ia mengandungi hormon pertumbuhan indole acetic serta mikro indigenous (mikro tanah setempat) asli yang sangat penting dalam proses penyuburan tanah secara organik;.


Jelapang Padi Baru di Sabah, Sarawak 2011


CAMERON HIGHLANDS: Jelapang padi baru akan dibuka di Kota Belud, Sabah dan Lingga Banting, Sarawak pada tahun depan bagi memastikan bekalan makanan dalam negara terus terjamin, kata Timbalan Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani, Datuk Rohani Abdul Karim.
Beliau berkata projek kementerian itu akan menyaksikan jelapang seluas 8,000 hektar dilaksanakan di Kota Belud manakala seluas 5,000 hektar lagi di Lingga Banting.
“Pembukaan jelapang padi ini dijangka dapat mengurangkan import beras ke 
negeri berkenaan,” katanya pada sidang berita selepas merasmikan Mesyuarat Perhubungan Pertanian Negeri Sabah dan Sarawak di sini, hari ini.
Seramai 100 anggota delegasi dari Jabatan Pertanian Sabah dan Sarawak menghadiri mesyuarat itu. Rohani berkata selaras dengan pembukaan jelapang padi baru itu, sebuah badan kerajaan akan ditubuhkan untuk menjalankan dan mentadbir pengurusan projek itu.
Walaupun perkembangan pertanian di Sabah dan Sarawak berjalan lancar, pengeluaran padi di kedua-dua negeri itu amat diperlukan berikutan krisis  makanan yang berlaku pada tahun 2008, katanya yang turut mengadakan lawatan kerja di sekitar Cameron Highlands selepas mesyuarat tersebut.
Sementara itu, Menteri Muda Pemodenan Pertanian (Pertubuhan Peladang dan Koperasi) Sarawak, Datuk Peter Nyarok Entrie berkata beliau tidak mahu negeri itu melalui krisis kekurangan beras seperti yang berlaku pada 2008 dan berharap projek itu akan menjadi permulaan bagi Sabah dan Sarawak untuk mengeluarkan padi secara besar-besaran.
Beliau enggan mengulas lanjut mengenai kos pembukaan kedua-dua jelapang padi tersebut tetapi mengakui bahawa jumlahnya adalah besar. – Bernama

sumber - Blog MOA